top of page
Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) bagi mata pelajaran Pendidikan Seni Visual Tingkatan Satu dalam Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) adalah kesinambungan daripada DSKP Pendidikan Seni Visual dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).
Dokumen ini mencakupi empat komponen utama iaitu Standard
Tahap Penguasaan. Standard Kandungan mencakupi Persepsi Seni, Eksplorasi Seni, Ekspresi Seni dan Apresiasi Seni.
Keempat-empat kandungan ini melibatkan domain kognitif, afektif dan psikomotor yang saling berhubungan dalam proses pembelajaran. Kandungan Standard Pembelajaran merangkumi bidang Sejarah dan Apresiasi Seni Visual, Bahasa Seni Visual dan Pemikiran Seni Visual.
Kandungan bidang Sejarah dan Apresiasi Seni Visual memperihalkan Perkembangan Seni Visual di Malaysia. Bidang Bahasa Seni Visual memberi penekanan terhadap Unsur Seni dan Prinsip Rekaan. Seterusnya, kandungan tentang tajuk dan mesej, motif, idea dan konsep serta aspek designomic diketengahkan dalam bidang Pemikiran Seni Visual.
terkandung dalam Cadangan Aktiviti adalah sebagai alternatif yang boleh diubahsuai oleh guru dalam menjalankan aktiviti. Pelaksanaan aktiviti ini diharap dapat menguji peningkatan keupayaan murid dalam sesi pembelajaran.
Transformasi kurikulum yang dijelmakan dalam dokumen ini diharap dapat melahirkan murid yang berupaya mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta secara kreatif dan inovatif seiring dengan Kemahiran Abad Ke-21.
Pendahuluan
bottom of page